Kenduri aqiqah atau majlis tahnik sering diadakan bagi menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Islam dan Melayu. Inilah masanya semua ahli keluarga berpeluang melihat bayi yang baru lahir.
Tetapi di Indonesia, seorang lelaki mengadakan pesta untuk menyambut kelahiran anak kucingnya, lapor Tribun Jogja
Insiden itu mendapat perhatian netizen selepas video kejadian itu dikongsi di TikTok baru-baru ini oleh riomaryono.
Upacara ini diadakan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Rio dan boleh difahami, upacara ini lebih kurang sama dengan acara selapanan iaitu upacara menyambut bayi dalam tradisi Jawa.
Namun yang membezakannya ialah acara ini dibuat khas untuk meraikan anak kucing yang berumur sebulan, malah dalam majlis yang sama anak kucing jantan itu diberi nama Devon.
@riomaryono Prosesi pemberian nama Baby cat Devon #babycat #kucinglucu #GlowToBeDifferent #catsoftiktok #jogja #budayajawa #solo #jateng #kratonyogyakarta ♬ Kebo Giro – Otrat
Menariknya, pelbagai jenis makanan tradisional seperti nasi urap dan buah-buahan turut disediakan pada majlis tersebut. Rio juga dikatakan membelanjakan sekitar 5 juta Rupiah (RM1,456) untuk upacara kucing itu.
Rio memberitahu Tribun News bahawa dia mencipta rancangan itu untuk haiwan peliharaannya kerana dia dan seluruh keluarganya sangat menyayangi kucingnya.
Yang kelakarnya, jiran-jiran pada mulanya ingatkan ada majlis pertunangan di rumah lelaki ini, tetapi apabila ditanya, ternyata kenduri anak kucing.
Hanya seekor kucing yang boleh mempunyai tuan penyayang seperti ini sekali-sekala, bukan?
Source: jogja.tribunnews.com
Media Viral Media Maklumat Paling Popular